Sep 22, 2014

Festivel Antarabangsa GATA Sipitang 2014.

Cabaran pertama selepas bersara sebagai pegawai kerajaan pada 12.8.2014. ia lah menjadi pengerusi JK Gasing buat julung kali pada festivel  Gata yang diangkat ketaraf antarabangsa. Begitu besar cabaranya banyak perkara yg saya terkilan, memang bukannya semudah yang dijangka, tambah-tambah lagi bila saya slogankan Festivel GATA bukan sekadar kejohanan Gasing. Allah maha pengasih lagi penyayang. Saya bersyukur segalanya dapat diatasi biarpun disaat-saat yang genting. Terima Kasih Kpd. Tn.Hj.Daim Bakar selaku timbalan saya, Cikgu Manan Hj.Katak selaku Setiausaha,.Hj.Japar Hj.Yunus, En. Aceh Budin,Imam Sapar Hj.Mumin, En.Anuar Ibrahim, Jamri Arif dan semua geng gasing pangkah dan gasing Tradisi. Sudah pastinya penasihat saya Cikgu Tengah Hj.Bongsu dan Tn.Hj.Hamit Saban.Terima kasih. Terimakasih yg tidak terhingga kepada YB. Datuk Hj.Sapawi Hj.Ahmad Pengerusi Induk GATA dan Tn.Latif Hj. Ahmad Pegawai Daerah Sipitang merengkap pengerusi Pelaksana.. Tanpa kamu siapalah saya.

No comments:

Post a Comment

Hantarlah Komentar anda tentang bicara tani

DURIAN KUNING/Durian Merah

DURIAN KUNING/Durian Merah

CATATAN PERJALANAN SAYA.......

welcome Pictures, Images and Photos





KADANG-KADANG SAYA TIDAK TAHU DIMANA SAYA BERADA TETAPI YANG JELAS DIMANA PUN SAYA BERADA CENDAWAN TETAP BERSAMA .......
2012... Semasa mesyuarat agong Peladang saya temui seorang kawan yg aktif dgn blog dan terasa sya juga perlu mengaktifkan agar dunia cendawan akan kembali sebagai aktiviti ketika bersara nanti

2011... tiada aktiviti utk cendawan dan blog ini langsung tidak dikemaskini,,,,
Ogos 2010: Dalam ramadhan aktiviti cendawan diperlahankan tambah lagi masalah pekerja yg sentiasa off, tiada pengeluaran dalam bulan ini, aktivit tertumpu kepada penghasilan bongkah baru sahaja. dan dimasa rehat melayari blog pengusaha2 cendawan terutamanya Cima Agro/Chini Agro/Mayang/fatisha/Permaidesa/ banyak lagi..dan kadangkala pengusaha luar negara spt. Indonesia,Thailand. Sebagai orang baru dalam ind.cendawan terlalu banyak cabaran /dugaan yang terpaksa ditempuhi, hanya blog pengusaha2 ni sahaja yang dapat memberikan rangsangan berterusan. Saya yakin dengan kata-kata sdra. Zamlan(Chini Agro). Tidak semudah yang diucap.

22July 2010: Insyallah Mesyuarat Agung PPK Sipitang, saya tidak mempertahankan Jawatan Ahli Jemaah Pengarah, calon baru unit kami En. Matrudi Kahan, seorang Ahli Politik dan kontraktor Binaan.Saya berusaha untuk mengurang keterlibatan diluar bidang untuk membolehkan saya memberi perhatian kepada aktiviti CENDAWAN.

Sepanjang JULY: Aktiviti membuat benih cendawan, cukup mencabar dan mendebarkan, banyak ujian yang gagal tetapi alhamdulliah pengalaman ini amat berharga. .

11July 2010: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang diresmikan Oleh YB. Datuk Bung Moktar Radin diiringi oleh Istri barunya Pelakon Zizi Izate.



JUN 2010: Perjumpaan dengan YB. Awg. Sulaiman Hj. Ahad dari Temburung Brunei DS. Pertamuan singkat tetapi padat dengan tajuk cendawan.



May 2010: Lama tak update blog sibuk dengan Facebook, baru-baru ni saya didatangi oleh penguasaha cendawan dari Brunei DS. aduh, memang tak disangka rupanya mereka juga sudah mula mengusahakan secara besar-besaran, cuma saya terkilan kerana tidak dapat membekal permintaan mereka, tambah pula saya sendiripun hampir tidak kecukupan bongkah bila lebih 1k terpaksa saya musnahkan akibat benih yang tidak memuaskan.. pengalaman.. Buat masa ini saya sibuk menyediakan benih sendiri dengan menggunakan pelbagai bijiran sebagai bahan kajian. mudah-mudahan penemuan-penemuan baru akan merangsang aktiviti cendawan.







MAC-April2010: Pada tahun ini saya mengundurkan diri dari bertanding sebagai Ahli Jemaah Pengarah Peladang Kawasan(4 penggal) dan begitu juga dengan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kedayan Sabah(2 penggal). Semua ini saya lakukan demi untuk memberi perhatian yang lebih kepada Tanaman Cendawan.



6.2.10: Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Sipitang, saya lihat betapa seriusnya YB. Dtk. Ktua Bahagian dalam melaksanakan program JUARA RAKYAT... pada pandangan saya program ini telah lama Dtk. praktikkan cuma belum di bagi tema sahaja...



4.2.2010: Mesyuarat jabatan di Kota Kinabalu,projek baru , kajian enterococci dalam air mentah.Daerah saya terpilih kerana kualiti air kurang memuaskan.



2010: January adalah masa permulaan untuk mengluarkan bongkah sendiri, banyak halangan dan rintangan terpaksa dihadapi...Dalam sebulan ni sasaran untuk aktiviti cendawan melesit, banyka aktiviti luar terpaksa diselesaikan terlebih dahulu,tetapi dalam pada itu keperluan untuk cendawan sentiasa menjadi perhatian. antara peristiwa penting dalam january ia lah:




1. Penemuan habuk kayu getah.



2.Perbincangan dengan Sabah Land Development untuk penanaman nenas di kawasan PPK Banting.



3.Berdialog dengan ahli Peladang Unit Banting.



4.Terlibat dengan program Juara Raykat P.178 Sipitang.



5.Lawatan Pegawai Pertanian Lawas Sarawak ke tapak cendawansipitang.



30.1.2010, permulaan saya membuat bongkah CTK sebanyak 43 beg sahaja.





12.12.2009:Menghadiri seminar usahawantani Zon Sabah, Di Kota Kinabalu, njuran Kementerian Pertanian Dan Aasa Tani, dengan kerjasama LPP. saya mewakili PPK Sipitang.



1hb hingga 4.12.2009:
Mesyuarat Jabatan Di Kota Kinnabalu.

27.11.2009 bersamaan 10 Zulhijah Hari Raya Aidil Adha, tiada aktiviti korban dimasjid, tetapi kenduri kendara jangan cakaplah... sepanjang hari.

17.11.2009. Saya terima e-mail dari En. Lim Kok Yun,kawan sekampung yang menetap di Canada,.Durian pun ada disana , diimpot dari Thailand tetapi rasanya tawar tidak spt. durian Malaysia.

13-15Nov2009. Mesyuarat Agong USIA(United Sabah Islamic Assc.) di 1 Borneo Kota Kinabalu. Majlis disempurnakan oleh YBGH Tun Dr. Mahathir , saya bercadang untuk bergambar dengan pemimpin yang amat saya kagumi ini, tetapi tiada ruang dan peluang. akhirnya saya bergambar dengan gambarnya sahaja. "Kalau sesat dihujung jalan, kembalilah kepengkal jalan."..petikan ucapan YBHG Tun. Awal pagi ahad saya ronda pasar tani (Tamu) Donggongon cari cendawan T segar untuk dibuat benih.. alhamdulillah jumpa satu saja penjual ,itu pun sudah over grown ,bila saya soal siasat dia pun beli juga daripada pengusaha di Penampang.

9.11.2009: Urusan Resmi bersama Ketua Penolong Pengarah dan Pegawai Sain ke Kg. Long Pasia, South End Point Of Sabah, 124km dari Pekan Sipitang, memang sesuatu yang diluar kotak pemikiran, ada rumah banglo, ada kemudahan elektrik (Solar) ada Homestay, ada bekalan air, ada Resort(kepunyaan PPK Sipitang) jalanrayanya semaikn baik........penduduknya mesra kampongnya indah..

November 2009:Rumah Cendawan sudah lama siap tetapi baru di disinfestasi, disinfeksi belum lagi...ayoyo. order 4k beg cendawan belum ada berita.......Neck and caps saya order dari Perak pun belum sampai....harap-harap Disember ni boleh keluar hasil.......







13 - 17.10.2009 Di Kuala Lumpur sebagai perwakilan UMNO Bahagian Sipitang. sila lihat datuksapawiahmad.blogspot.com



pertama kali jadi perwakilan memang seronok dan penuh semangat.....ungkapan azimat ialah BERUBAH ATAU REBAH..

cuma malangnya handphone saya tercicir dalam bus, gabra saya dibuatnya.....sebagai orang politik phone mana boleh off.. syukurlah nombor tu dapat semula......Hubungan terputus dengan Cendawan Kuala Kangsar sdra. Azizi mengenai peralatan cendawan..baru semalam saya cal untuk buat order. Terima kasih sdra..........Niat hati nak melawat banyak tempat spt. Fatisha Agro, CSU, dan Permaidesa. tiada masa terluang..insyallah suatu hari nanti saya khaskan masa untuk melawat usahawan cendawan yang saya kagumi ini.. bye SALAM SATU MALAYSIA

24-25 Okt 2009. Kota Kinabalu.. Mesyuarat Agong Pertubuhan Peladang Negeri Sabah di 1 Borneo.. Perasmi YB. DS Mohd Shafie Apdal. Resolusinya.. betapa usaha kerajaan untuk memertabatkan golongan petani...sebenarnya petani2 ni telah banyak melahirkan anak-anak yang jadi pemimpin, ada yang sudah lupa dan banyak jua masih ingat....kalaulah gelombang kedua memodenkan petani dapat dilakukan negara akan bertambah makmor lagi.... percayalah...tetapi apa yang berlaku sekarang banyak yang terlupa," mudah lupa "kata Tun.Mahathir.















Semalam 1.5.2009
saya pergi ke Pekan Keningau(100km), dan secara rutin saya akan ronda hyper-hyper market untuk check kalau-kalau ada Cendawan Tiram masuk disana, kali ini nasib saya baik saya jumpa cendawan Tiram keluaran Damai Family Kg.Bayangan wooh, harganya memang baik 130gm Rm2.90 (tidak ambil gambar, pasal dlm. hypermarket)jadi berapa satu kg.????? kalau beginilah keadaannya potensi penanam cendawan di Sabah amat cerah sekali.......















5.5.2009- pagi ni selepas taklimat swine flu di pejabat, saya singgah di Agrobank Baeufort, ramai pelanggan, nampak sesak sekali, persekitaranya kurang mesra biar pun moto nya layanan diluar jangkaan... bangunan tu kecil lah ....Tetapi yang saya bangga layanan kakitangannya sangat pro., pasal ada seorang tua marah-marah kerana nombor giliranya tercicir, sebenarnya pa cik tu salah ambil kaunter, tetapi En. Zainudin pegawai kaunter menyelesaikan masalah tu dengan senyuman dan akhirnya pa cik tu nampak malu-malu kucing.....syabas saudara....















Petang ni saya menghadiri mesyuarat Biro Pertubuhan Pertubuhan Peladang Sipitang,membincang kemasukkan ahli baru dan ahli berhenti... Biasalah... Saya masih tidak puashati dengan pencapaian ahli di PPK. Sipitang. ..Ahli-ahlinya masih belum memahami peranannya sebagai ahli....... camana ni ???















8.5.2009 Jumaat 2.30pm, Mesyuarat UMNO Bahagian Sipitang dipengerusikan oleh Timb. Ketua Bahagian YB. Kamarlin Ombi, orangnya simple ,mantan PPD Sipitang. Majlis Aku Janji kepada AJK lantikan yang baru.... saya nampak barisan kali ini begitu mantap dan slogan One Malaysia ke One BaHAGIAN menjadi agenda utama... Saya pun berharap sama-sama memperjuangkan bangsa yang punyai tanah air ini. Yah .. nasib saya baik ,kali ini saya dicalonkan untuk mewakili Bahagian ke Perhimpunan UMNO Kebangsaan pada Oktober nanti.















Sekilas pandang barisan AJK kali ini sudah 90% dikuasai oleh golongan liberal, sederhana tetapi mantap. Peringatannya jangan tumbangkan kayu yang besar nanti kura-kura pun boleh makan pucuknya.















11.5.2009 (ISNIN)Jam 10.00am hingga 3.30pm Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Peladang Kawasan Sipitang, dipengerusikan oleh pengerusinya YB. Tn.Hj. Ahmad Hj. Bujang. Ini adalah mesyuarat yang sentiasa panjang pernah suatu ketika dulu sampai jam 7.00 malam, ahlinya tidak ramai hanya 7 AJP dan seorang wakil LPP dan Pengurus Besar Kawasan., tetapi isu yang berbangkit begitu banyak dan sukar untuk membuat keputusan... Kata YB. Pengerusi, mesyuarat mesti membuat keputusan dan keputusan mesti menepati keperluan semua pihak, bukan membincang sahaja. Begitulah perjuangan untuk memperkasa ahli dan PPK. PETANG TU JUGA SAYA DITEMUI OLEH YB. DATUK AHLI PARLIMEN, ADA ISU YANG DIBINCANGKAN, TETAPI TENGAH BERBINCANG BANYAK RAKYAT MENEMUINYA DAN SEMUA KENA LAYAN HABIS...... Malam saya berada di Surau Bt.7 untuk bersama kariah belajar BERZANJI & MARHABAN.















14.5.2009 Mesyuarat Bahagian USIA (United Sabah Islamic Assc.) diresmikan oleh Setiausaha Agong YBH. Datuk Abdullah Hj. Hussin. Pertubuhan ini diasaskan oleh Allahyarham YBH. Tun Datu Hj. Mustapha Harun(Bapa Kemerdekaan Sabah) pada awal 1969(4o tahun yang lalu) tetapi di Bahagian Sipitang telah digantung untuk sekian lama kerana masalah pentadbiran. Jawatan Kuasa Bahagian yang baru diketuai oleh YB.Datuk Hj. Sapawi Hj. Ahmad, Timb. YBH. OKK Tn. Hj. Arif Ismail dan Naib, Tn. Hj. Jair Yasin. Saya terpilih untuk Ahli Jawatan Kuasa Bahagian .







Petikan ucapan Ketua bahagian, Zaman ini orang gila dunia tetapi takut mati......mengimbas catatan Dr. Zainudin Saddar:; Umat Islam ada 2 pilihan, Pertama berdiam diri, tidak ambil peduli, kedua merancang strategi kecemerlangan.............







Petikan ucapan Datuk Setiausaha Agong: Umat Islam adalah umat yang penyayang........... renung-renunglah.















USIA sebagai back-up kepada agensi Agama Islam yang berkaitan di Sabah.















16.5.2009 ke Kota Kinabalu, urusan keluarga, biasanya mesti singgah hypermarket dan pilihan utama Survey dan Giant Supermarket dan item pertama yang menjadi tumpuan ia lah cendawan...... duh hanya sedikit sahaja Cendawan Tiram dan shitake ,dijumpai dan yang sedihnya banyak pula cendawan impot spt. cendawan telur dan jarum ,Bila lah aku dapat masuk ke pasaran ini??????















18.5.2009 2.00pm-mesyuarat AJK Bahagian UMNO, persediaan Mesyuarat Cawangan dan Bahagian.







23.5.2009.10.00AM Mesyuarat Pertubuhan Peladang Unit Kg. Pantai, saya mempengerusi. kehadiran cukup-cukup korom sahaja, ahlinyapun banyak yang sudah tua... macamana ni merevolusi Peladang???? s aya tengah kempen ahli-ahli dikalangan pemuda untuk menghijaukan kembali Pertubuhan ini. Usul yang dipersetujui untuk mesyuarat Agong kali ini ialah mencadangkan agar PPK Sipitang sebagai Agen pembekal bibit Kayu gaharu.......















30-31/5/2009 Urusan orang khawin-Malam bermarhaban siang pula berkompang......disamping tu ada masa terluang saya buat rumah cendawan, mana yang boleh yang buat saya akan selesaikan sendiri , kurangkan kos.... Pada masa ini saya tengah menyisih bongkah2 lama untk dibuang dan rakan saya sudah standby untuk ambil, tempat pembenihan pokok Betik... lihatlah macamna nanti, saya cadang buat kompos ttapi belum ada masa lagi.......















4.6.2009. Kota Kinabalu, menyambut ketibaan YAB Timb. Perdana Menteri mantan Menteri Pertanian, makan malam bersama TPM di Magellan. Bagi saya , kali kedua bersama Tan Sri, dulu semasa mesyuarat Agong Pertubuhan Peladang Kebangsaan di KL .







5,6,7Jun09,- Urusan orang khawin- kumpulan Marhaban dan kompang saya full swing.. siang dan malam.







10.6.2009Mesyuarat Biro Projek PPK. Sipitang, pening kepala saya, ada ahli dapat bantuan ,tetapi projek kecundang, malanglah...kecewa saya, peluang ini sepatutnnya diberikan kepada orang yang benar-benar memerlukan...sedih saya, setakat ini tidak ada satu projek pun yang membanggakan saya sebagai Ahli Jemaah Pengarah, pasal tu tahun depan saya berundur untuk jawatan itu.... banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi.







11.6.2009 Mesyuarat Biro Pertubuhan...PPK. ini pun hampir sama,ada ahli hendak berhenti tetapi berhutang, tetapi bila ahli minta penjelasan tentang hutang pihak PPK tiada secebispun dokumen yang ada.,. Bayangkanlah..... kalau semua penghutang tu minta dokumen hutang ,pas tu tiada dokumen di PPK.....Melepaslah...







13.6.2009. Ada orang dari Johor Kawin di Kampung saya, kerja di Tawau , Meritim yang pompuan pula Jururawat di tawau Juga.... Yang sioknya kami pula jadi rombongan pengantin lelaki, ....macam-macam boleh jadi







14.6.2009. Saya wakil merasmi Caw. Umno Kg. Pelekat Skim, ok juga, cukup korom, antara cawangan yang paling aktiif dan ceria, ekonomi kawasan ni pun dikira cukup baik, rumah besar-besar, alhamdullilah.........















19- 21/6/2009. Ke Brunei Darusallam bersama keluarga, ada majlis perkhawinan cucu sepupu. memang meriah dan sedikit kelainan dengan majlis kita di Sabah. jemputan datang dlm. tempoh yang ditetapkan dan makan serentak, aduuh banyak kem diperlukan.......... Yang pentingnya sampai disana rutin saya meronda pasar, pasaraya dan pasar borong, terlalu sedikit cendawan tiram dan kurus pula tu, keluaran tempatan, katanya dari Kg. Lamunin, tetapi harga memang baik, 15ogm RB1.50 bayangkan satu kilo berapa RM.........????. Petangnya ditemani suadara saya ,kami pergi ke Kg. Lamunin dan payah juga mencari pengusaha cendawan yang dimaksudkan.. akhirnya kami sampai jua ketempat yang dituju...... rupanya pengusaha tu baru lagi, dan hanya sedikit bongkah yang ada >300 beg... Tn. Hj. Salleh namanya beliau menternak ayam secara besar-besaran... Bongkah dibekal oleh Jab. pertanian Brunei, TETAPI lehernya(pvc neck) di buka...aduuh , lain juga, mungkin mereka baru lagi dalam bidang ni.....nda apa, semuga berjaya tn.hj.........







29.6.2009.Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK, hebat juga stat jam 10.30am selesai jam 3.20pm......entahlah kenapa ???? banyak benar yang kurang memuaskan,,, masalah utama hutang dan pentadbiran......isu utama bagaimana meremajakan Pertubuhan ini, bagaimana merealisasikan slogan Pertanian adalah Perniagaan?????Sebenarnya orang kampong sudah buat ni.... tetapi bukan sepenuh jiwa dan raga, hanya berjualan hasil pertanian semasa pasar tani mingguan sahaja... saya faham hasrat YB. Tn. Hj. Ahmad untuk melihat penduduk/ahli yang dikelilingi oleh bumi yang subur ini....fikir punya fikir sebenarnya ahli PPK sudah selesa, kehidupan sudah jauh lebih baik dari dulu, pasal tu kurangr tumpuan pada aktiviti pertanian, masih luas tanah /sawah terbiar......anak-anak pun sudah sekolah tinggi ,mana mau kerja dibawah matahari lagi.......harap-harap suatu hari nanti mereka kembali meneroka daerah yang subur ini.....amin.















12.7.2009 Ahad. Hari bersejarah buat kampong ku , sehari suntuk RTM buat pengembaran Permainan Gasing, Kulintangan Kayu Sadaman, Permainan Kuhit ,aktiviti makan-makan Tahun dan Mengelupis... ramai juga anak-anak buah yang datang dan keesokan harinya pula Pengembaran menangkap burung Punai Tanah dengan kaedah memanggil burung tersebut menggunakan DUKUT dalam BUMBUN. Majlis ini di hadiri oleh YB. Tn. Hj. Ahmad Hj. Bujang dan Presiden Persatuan Kedayan Tn. Hj. Osman Ahmad.















15.7.2009 Hari Bersejarah , pertama kali buah sawit saya dihantar ke Kilang, tetapi cuma 1.13 ton sahaja-- syukurlah akhirnya usaha -usaha saya selama ini sudah mula membuahkan hasil...cuma untuk maintain memang banyak cabarannya....Jadual tuai kedua awal bulan Ogos 2009.







18.7.2009 Satu lagi kerja tambahan, latihan Kulintangan Kayu Sadaman di Balai Raya Kg. Pantai, sebagai persediaan untuk Pesta GATA2009. o.k. juga nampaknya banyak kemajuan dari 2007, banyak sudah pemuzik tu boleh mengayakan lagu.. alhamdulillah, sebenarnya mereka ni pelanggan CENDAWANku nanti.







19.7.2009. Mesyuarat AJP Peladang, setengah hari juga baru siap, pre-council meeting........PPK ni problemnya tetap sama....entahlah sampai bila....







27 July hingga 28 July Mesyuarat KAS di Kota Kinabalu.







30.7.2009: Saya bagi taklimat kepada pemain-pemain Gasing yang menyertai Pertandingan dalam Pesta GATA di Dewan Belia, terima kasih kepada Sdra. Yassin Omar Pegawai Belia Sipitang, atas nasihat yang amat saya perlukan sebagai Pengerusi Pengajur.







31.7.2009.jumaat" Pesta Gasing dan Tamu Besar GATA bermula,Pelancaran disempurnakan oleh YB. Dtk. Hj. Sapawi Ahli Parlimen Sipitang.Pertandingan Gasing Tradisi bermula Jam 2.00pm.







1.8.09 Hari kedua Pesta. Pertandingan Gasing tradisi diteruskan hingga jam 11.00malam. Johan Kg.Balipat Lawas, Naib Johan Kg. Buang Abai, Limbang, Ketiga Kg. Pantai Sipitang. Hadiah disempurnakan oleh YB. Tn. Hj. Ahmad Hj. Bujang ADUN Sindumin.







2.8.2009; Hari Penanguhan oleh YAB. DSP Musa Aman., saya berada di kumpulan persembahan Kulintangan Kayu Sadaman, kali ini tidak ramai hanya 25 orang terlibat, OKK. Tn. Hj. Arif Ismail ketuanya, saya masih setiausaha kpd.jawatankuasa ini dan KK Tn. Hj. Hamit masih sebagai runner.







GATA 2009 amat membanggakan saya kerana penglibatan penduduk Zon Pantai satu sangat menggalakkan, kami terlibat dalam acara Gasing Tradisi, Kulintangan Kayu Sadaman, Gerai Kebudayaan Kedayan, Sukan Rakyat dan Persembahan Kompang. Banyak lagi yang terlibat dalam Ajk. kecil perayaan tersebut. Syabas dan teruskan. Daerah Kita tanggungjawap kita.... One Malaysia bah itu.......















8.8.09: Gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Kg. Pantai. petang hadir ke Kg. bangsal, Hadrah dan bermarhaban.







9.8.09: Mesyuarat UMNO Bahagian Sipitang, diresmikan oleh YB. Dr. Mohd Fuad Zakarshi, AMT yang juga Timb. Menteri Pelajaran Malaysia.















10.8.09-14.8.09 Saya di Hotel Perkasa Daerah Tenom, Kursus Survey & Levelling. Sebelah petang ronda pekan Tenom, ada 2 hyper market- G-Mart dan Bestamart.... Cendawan??? ada tetapi impot dari China. Sayur dan pisang murah disini, dan peniaga pun sampai lewat petang, dulu daerah ini sepi dan sunyi tetapi sekarang semenjak jalanraya Sipitang-Tenom ni siap, nampak pekan ini mendapat impak yang baik.







16.8.2009. Kenduri Arwah di Balai raya Kg. Pantai, tahun ini saya agak relak kerana anak buah saya En. Apong Mahmud banyak mengambil alih tugas saya sebagai kapitan, so saya jadi pelayan orang2 tua sahaja.







17.8.2009 -20.8.2009 Tang Dynasty Hotel,Kota kinabalu, Mesyuarat penyelarasan Data Bekalan Air Luar bandar, bersama pegawai KKM dari Putera Jaya, memang sensitif dan rumit, sedikit silap data akan berceleru....Setiap daerah kena buat pembentangan dihadapan mereka..... Penggunaan IT memang memudahkan kerja tetapi kerja mesti betul baru datanya betull......







22-8.2009 : Bermulalah Ramadhan 1430H. Hari pertama ni Giliran Keluarga saya untuk menghantar juadah ke Masjid untuk hidangan selepas Sunat Terawih,sudah 5 tahun saya bertanggungjawap mengatur giliran penghantaran makanan ke masjid , Bukan hidangan yang tersurat tetapi kehadiran keluarga yang mempunyai giliran untuk sama-sama mengimarahkan masjid menjadi agenda tersirat , Alhamdullilah sambutan setakat ini amat memberangsangkan. tahun ini kami ubah cara hidangan , kami buat simple saja dengan sedikit buah tangan.







11.9.2009 (Ramadhan1430H) Program Usrah Ramadhan Anjuran Jab, Hal Ehwal Khas dan UMNO Bahagian Sipitang, di adakan di Masjid Syaidina Othman Kg. Pantai, Selaku Pengerusi pelaksana saya bersyukur kerana sokongan jemaah yang begitu padu, tetapi rahmat hujan telah banyak menyelasaikan masalah kami, terutamanya juadah berbuka puasa, kehadiran melebihi jangkaan..........Kehadiran 3 orang Ahli Yang Berhormat juga cukup membrangsangkan semangat jemaah masjid. sehingga selesai Solat Terawih pun masih ramai yang tidak berganjak dari Masjid..... Acara ini disekalikan dengan penyerahan bantuan baitullmaal kepada fakir miskin/balu/ibu tunggal/warga emas. YB. Datuk Sapawi juga menyerahkan sumbangan peribadi kepada mereka....termasuklah kanak-kanak.....adoo cukup ceria sekali......







20.9.2009 -30.9.2009:1 syawal menjelang tiba. 2.00pm, YB. Datuk bersama 2 pegawai kanannya telah berkunjung kerumah..... .







Hari raya kedua Rumah terbuka UMNO Sipitang.... ramainya tidak terkira.....acara ini sudah terbudaya....bezanya tahun ini 3 wakil rakyat duduk bersama.....ngamlah, bukan rakyat saja yang perlu bersatu, pemimpin sebagai tauladan. Konsep Satu Malaysia banyak yang perlu disatukan...!!!!















5-8 okt.2009. Saya di Tawau, atas urusan kerja... Saya baru tahu di sini ada perkampungan orang-orang Iban, di Kg.Kuala Nansang,mereka memang berasal dari Sarawak, pada awalnya sebagai pekerja balak kemudian menetap sebagai peneroka di Ladang Sawit.Semasa lawatan kami kesana mereka cukup mesra.. .itulah Rakyat Malaysia........Seperti biasa rondaan pasar am dan hypermarket cuma sebelah petang sahaja, tetapi gagal untuk melihat cendawan tiram dipasaran, saya tahu disini ada seorang Pengusaha Cendawan Tiram dikawasan Merotai yang pernah mendapat "High Archiever Awards " oleh PPNS pada tahun 2006...ingin saya melawat tetapi tiada kesempatan.....























Program Rangsangan Pengeluaran Makanan.


Semalam Pertubuhan Peladang Kawasan talipon saya untuk memohon program rangsangan pengeluaran makanan. Rumit juga dibuatnya, banyak working paper yang dia mau, untung juga saya ada contoh dari E-book Chini Agro dapat lah saya goreng-goreng sikit, dah tu mau gambar lagi..... Kalau diluluskan adalah model untuk bina rumah proses yang lebih baik dan mesin-mesin saya telah buat survey di Kota Kinabalu,nampaknya harga pun boleh-boleh juga... Saya harap semuanya jadi kenyataan.
30.4.2009 Lawatan tapak telah pun dibuat oleh pegawai LPP Negeri (orang Perak)bersama Pengurus Besar PPK Sipitang, banyak jua soalan-soalan spontan yang perlu saya jawap. Saya fahammm... kerana saya AJP.... saya tahu banyak ahli yang pinjam tetapi.... ya lah bila miting itu lah isu yang tidak pernah selesai ...saya berazam akan menjadi modul kepada ahli -ahli yang lain, insyallah...Cendawan tetap boleh merubah.. percayalah, lihat Cima Agro, VitaAgro, RASE, Mayangagro,Chiniagro, Gomi, Tunas Alam,CSU,Kulat apa lagi CnC.....


BICARA TANI...
(PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
)
5 April2008 yang lalu Jab. Pertanian Sipitang telah menganjurkan Program Bicara Tani di Daerah Sipitang dan sudah pasti saya tidak ketinggalan. Sebenarnya banyak insentif dan subsidi yang disalurkan oleh MOA kepada petani petani kita. Kehadiran peserta juga diluar dugaan sehingga penganjur nampak kelam kabut sedikit. Apa yang menarik diluar dewan ialah penjualan Halia Madu oleh anak syarikat Pladang DaerahTambunan, halia yang diproses dicampur dengan madu dan dibotolkan dalam bentuk serbuk spt. kopi, pasarannya memang baik apatah lagi bila pengurus tu cakap baik utk. Tenaga luar dan dalam, sekejap saja sudah abis stok, yang lebih menarik ada seorang anak muda dari Daerah Membakut bernama Aidy datang untuk menjual Cendawan Tiram, itu pun macam pisang goreng panas, saya sempat beli satu pek untuk sampel pembungkusan dan harganya memang baik RM15.00/kg.

Tuesday, April 8, 2008

CENDAWAN SIPITANG
Saya amat tertarik dengan bloggers(usahawan) Cendawan yang begitu giat memperkasa tanaman cendawan tiram kelabu. Saya pun cuba cubalah untuk sama-sama mereka yang saya anggap telah jauh dihadapan. Dimana pun saya sampai saya akan tetap bersyukur.Pada mulanya saya rasa mustahil untuk mengetahui ilmu-ilmu cendawan apa lagi untuk menanamnya ada yang minta puluhan ribu untuk mengajar dan ada yang langsung tidak mahu bercakap mengenainya. Saya cuba-cuba berhubung dengan Jab. Pertanian Sipitang pada tahun 2005 dan nasib saya agak baik kerana saya dipilih untuk menyertaai kursus penanaman cendawan dataran rendah di Pusat Penyelidikan Pertanian Penampang, sebenarnya kursus ini hanya untuk bakal bakal pesara tetapi saya minta juga diberikan peluang itu. Saya berterima kasih kepada Pn. Slyvia, En. Ahmad Bidin dan En.John. Disinilah bermulanya percubaan demi percubaan yang saya buat gagal, kecuali mengkulturan tisu menampakkan hasil. Banyak peraturan-peraturan tanaman saya ingkari dan hampir melupakankan impian sebagi penanam cendawan. Kesibukan dalam aktiviti masyarakat membuat saya berfikir kembali untuk mencari ketenangan dalam mengharungi kehidupan harian.Tahun 2007 saya kembali menyertai kursus anjuran KPD Sabah di Kota Kinabalu. Antara penceramahnya ialah Pengurus Projek Cendawan KPD Pn. Jamilah Lee dan sudah pasti pakar undangan dari MOA Putra Jaya Pn. Normah Ibrahim. dan dari saat itu saya sentiasa melayari web cendawan M'sia dan luar negara, terasa begitu mudah mengikut kemampuan. Rancangan sudah diatur dengan strategi yang rapi untuk menjimatkan kos permulaan. Alhamdulillah dapat juga membina bangsal cendawan berukuran 15'x30' dan diperingkat ini saya hanya order 3000 bungkah yang tersedia daripada kawan lama saya di Temperate Garden Kundasang.Didaerah Sipitang ada sejenis cendawan yang tumbuh diatas tanah apabila cuaca begitu sejuk sekali, orang sini panggil "Kulat Tahun" rasanya memang ok begitu juga dengan harganya.Saya ada berhubung dengan pegawai sains Jab.Pertanian untuk ditumbuhbiak tetapi katanya susah, banyak masalah untuk dikultur. Saya akan usahakan gambarnya nanti.

Beg Cendawan Terakhir:
Sungguh tidak diduga beg cendawan saya masih boleh mengeluarkan hasil biarpun sudah melepasi 8 pusingan dan disaat akhir ini saya sudah serahkan pengurusan kepada istri dan anak perampuan saya untuk melaksanakan tugas-tugas teknikal dalam rumah cendawan. saya cuma urusankan pemasaran sahaja. Banyak pengelaman dan pengetahuan yang saya lalui. Bayangkan saja setiap malam selepas isya saya akan berada dalam rumah cendawan sehingga jam 11.00malam dan selepas subuh sehingga jam 7.00 pagi. Kadang kala timbul juga rasa latih dan lelah tetapi tidak menyesal kerana bukan semua orang mengetahui rahsia cendawan kecuali orang yang terlibat sahaja. Syukur kepada Tuhan kerana didaerah ini saya mudah dikenali, dimana sahaja saya pergi orang akan bertanya tentang kulat(Cendawan), kadang kala sukar juga untuk menjawap soalan yang diajukan.........